Pages

Saturday, August 27, 2011

Resepi: Ayam Masak Merah





Bahan-bahan:


1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)
4 sudu besar cili kisar (chili paste)
3 biji bawang merah  + 3 ulas bawang putih + 5 biji cili padi ( dikisar halus)
1 batang serai
2 sudu besar sos cili1/4 biji bawang besar dihiris kasar
1/2 biji tomato
1/2 cawan kacang peas ( kalau tak ada pun tak apa)
garam
gula
penambah perisa (Aji-no-moto)
serbuk kunyit

Cara-cara:

1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2.  Kisar bawang putih, bawang besar dan cili padi, kalau tumbuk halus pun boleh. Panaskan minyak dan  masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.
3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.
4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam, sedikit gula dan penambah perisa, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba.

1 Kaki Makan Komen:

Papaglamz said...

tengok pon dah menyelerakan. tq share resepi ini..

Hot post - Resepi Nasi Goreng Ikan Sardin Hadiah Dari Hati

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...